Pages

Sunday, March 13, 2011

PERANCANGAN ALLAH MAHA TELITI

11 Mac 2011 - 7.10 pagi, kereta yg kunaiki tersengguk-sengguk 3@ 4 kali. Dan, tiba-tiba kereta berhenti. Mujur aku di lorong kiri. Agak-agak 1 km untuk di sekolah. Aku cepat-cepat menelefon suamiku yg masih di rumah-bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Aku juga menghubungi pejabat sekolah dan pengetua untuk memaklumkan masalah yg aku alami.

Dengan keadaan jalan yg sibuk- pagi2 orang pergi kerja, suamiku tiba lebih kurang sejam kemudian. Tiada apa yg dapat dilakukan. Kami pergi bersarapan di gerai di hadapan sekolahku. Selesai, kami berlegar-legar di sekitar mencari bengkel kereta yg telah dibuka pada awal pagi.

Alhamdulillah, ada sebuah. Semerah Padi.
Dengan berusaha berkali-kali akhirnya kereta berjaya dibaiki- RM410.00.

Ujian dari Allah pasti ada hikmahnya. Kereta mogok di Klang sahaja, bukan dlm perjalanan ke Kuala Terengganu seperti yg kami rancang utk balik kg. Cadangnya aku dan anak-anak akan pulang tanpa suami (menyusul kemudian) pada Selasa-15 Mac. Bayangkan jika kereta mogok di highway???  Apa aku nak buat???  Tanpa suami pulak tu. Inilah aturan Allah Yang Maha Bijaksana.

Malam pula kami dapat berita - makcik di kg sakit tenat - ICU di hosp Kuala Terengganu. Rancangan berubah. Kami bercadang pulang esok-Sabtu 6 petang. Nampaknya temujanji servis kereta pada Isnin terpaksa dibatalkan. Aku bawa je kereta ke bengkel di Meru, tukar minyak hitam dan oil filter sahaja - RM85.00.

Petang- 6.15 kami bertolak ke kg. Tiba di kg pada 1.30 pagi. Ahad pada waktu melawat pesakit (1-2 ptg), kami menjenguk makngah yg masih tidak sedarkan diri. Malam-10.00 suamiku bertolak pulang ke Klang dengan menaiki bas S.P. Bumi (RM53.00). Kami anak-beranak yg tinggal bersama keluarga yg lain melambai-lambai. Jam 5.15 pagi suamiku selamat tiba di Klang Sentral. Alhamdulillah.

Hari ini hari pertama dan pertama kali aku dan anak-anak tinggal di kg suami tanpa suami. Memang kurang seronok. Kurang serinya. Petang ni aku nak bawa anak yg 3 org berjalan-jalan di Pantai Batu Burok (10 km dari rumah). Kalau tak bawa berjalan nanti mereka bosan pulak.

Esok ada lagi sehari, dan lusa (Rabu) pagi kami akan bertolak balik ke Klang. Singgah bermalam di Kuantan di rumah adikku. Khamis selepas sarapan pulang ke rumah. Mujur ada adik di tengah perjalanan. Gagah jugak aku nak memandu seorang diri. Kalau berdua dgn abang- boleh tukar2 jika letih.

Semoga Allah merahmati perjalanan kami. Amin.

Sunday, January 30, 2011

KEBAHAGIAAN UMMI

28 Jan 2011. Ummi & Abi sangat gembira kerana kakan berjaya menerima hadiah kecemerlangan 5A UPSR,  Mumtaz PSRA, Hadiah Kerajinan kerana kehadiran 100%, Anugerah Kepimpinan, dan Anugerah Tokoh Murid Perempuan bagi Tahun 2010. Tahniah! Kakak dapat menambah wang tabungan kerana PIBG memberi sumbangan RM1000 sebagai tokoh.

Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa melainkan kejayaan anak-anaknya.
Aku tabik hormat kepada ibu-ibu mithali negara kerana kejayaannya mendidik anak-anak sehingga menjadi insan berjaya.  Aku suka membaca kisah ketabahan ibu-ibu ini. Akan aku ambil teladan. Insya Allah.

Thursday, January 27, 2011

JANGAN TUNJUK PANDAI ATAU MEMADAI-MANDAI

Dalam kehidupan ini, apabila bergaul dengan masyarakat atau rakan sekerja janganlah kita menunjuk-nunjuk yang kita ini pandai. Janganlah juga memandai-mandai. Walhal langsung tak pandai atau pandainya sikit, auta yang lebih.

Manusia macam ni ramai dalam dunia kini. Cakapnya memang lancar dan meyakinkan. Tetapi semakin kita berurusan dengannya, tahulah kita dia ini lebih cakap dari bikin.

Ingat!  Lebih baik kita diam-diam ubi. Jangan bising tong kosong.

Perbaikilah diri kita..

Wednesday, January 26, 2011

AMAN DARI KEJAHATANNYA

Seseorang yang digeruni kerana kejahatannya, tidak diharapkan orang akan hidupnya.
Jika dia meninggalkan dunia maka amanlah orang ramai dari kejahatannya.

Tanyalah diri kita, adakah jika kita meninggal dunia, orang ramai akan gembira atau berduka?

Perbaikilah perilaku kita, agar setiap pertemuan dengan manusia akan meninggalkan kegembiraan kepada orang bukan sebaliknya menambahkan kedukaan orang lain.

Ingatlah....Allah sentiasa bersama-sama dan malaikat mencatat amalan kita.

Monday, January 24, 2011

JADILAH PAKAR BIDANG

Pagi ini melalui siaran radio Selangor fm, slot motivasi oleh sdr Osman Affan, beliau membicarakan tentang tajuk Pakar Bidang.

Jadilah pakar bidang. Apa sahaja yang kita lakukan, cubalah yang terbaik. Buatlah kajian kerana dengan menjadi pakar bidang akan meningkatkan PRODUKTIVIT, KUALITI dan KEPUASAN DIRI.

Selesai segmen motivasi di radio Selangor, aku beralih ke radio IKIM, segmen motivasi juga oleh Ustaz Zulramli.  Tajuknya :  Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Seimbang Dalam Semua Segmen.

Jika kita ibu, ayah, anak, pemimpin atau apa pun kita, berjayalah.
Akan tetapi mesti seimbang dalam semua elemen. Jika kita ibu bekerjaya, kita berjaya. Tetapi benar-benarkah?  Adakah hubungan kita dengan anak-anak, suami dan masyarakat setempat sukses?

Fikir-fikirlah.

SAMPAIKAH NASIHAT KITA???

Sedarkah kita, dengan penuh semangat kita memberi nasihat tetapi ada masanya nasihat itu tidak berkesan.
Kenapa???

Mungkin ada halangan-halangan yang tidak diselesaikan terlebih dahulu.
1.  Wujud benteng antara hati. Segala nasihat yg diberi telah sedia dibenteng oleh penerima. Ada kekesalan yang belum dirungkaikan.

2.  Keadaan yang mengganggu. Misalnya apabila nasihat disampaikan dalam satu majlis perhimpunan tetapi pembesar suara kurang sempurna maka nasihat tidak didengari kerana gangguan teknikal.

3.  Dan berbagai-bagai halangan  lagi.

Justeru, sebelum kita menyampaikan nasihat dan ingin nasihat kita didengar & diamalkan PASTIKAN halangan-halangan telah diatasi.

Sunday, January 23, 2011

KEMAAFAN MELAPANGKAN HATI

Apabila kita memaafkan orang lain, hati kita akan menjadi tenang.
Terbukti BENAR.